Wednesday, December 1, 2010

Shahih: Tafsir Ibnu Katsir

Terbitan ini sangat sesuai untuk golongan awam yang berminat untuk memahami penafsiran ayat-ayat al-Qur’an secara mendalam tetapi mudah kerana corak penyampaiannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Di samping itu, ia juga sesuai untuk golongan pengkaji kerana konsep nota kakinya yang begitu baik.

Tahqiq semula ke atas Tafsir Ibnu Katsir yang disertakan footnote/rujukan. Jumlah kesemua jilid adalah sebanyak 9 jilid.


Ciri-ciri istimewa bagi edisi terbitan ini yang bersesuaian dengan judulnya Shahih Tafsir Ibnu Katsir adalah:
  1. Setiap hadis atau riwayat/atsar diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij bagi memudahkan rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca.
  2. Takhrij hadis berpandukan kepada Kitab-kitab Syaikh al-Albani rahimahullah, Syaikh Syu’aib al-Arnauth, Ahmad Syakir, dan selainnya.
  3. Setiap perbahasan (penafsiran) diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk bagi tujuan memudahkan pemahaman dan pencarian.
  4. Hadis-hadis yang tidak sahih (dhoif atau maudhu’) dikeluarkan dari kitab ini. Dan dibiarkan hanya hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta riwayat-riwayat yang maqbul (diterima).
  5. Namun, sedikit kelemahan pada kitab ini adalah pada sebahagian tempat telah menghilangkan beberapa perkataan asal al-Hafiz Ibnu Katsir dalam beberapa persoalan merujuk perbezaan pendapat (ijtihad). Edisi terbitan/terjemahan lain: Tafsir Ibnu Katsir (Compact).
  6. Terbitan ini sangat sesuai untuk golongan awam yang berminat untuk memahami penafsiran ayat-ayat al-Qur’an secara mendalam tetapi mudah kerana corak penyampaiannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Di samping itu, ia juga sesuai untuk golongan pengkaji kerana konsep nota kakinya yang begitu baik.
Total pages:
700-800 m/s. Bagi setiap jilid

Untuk tempahan, Sila hubungi En. Suhaimi Mat Saman (019-228 4788).

No comments:

Post a Comment