Friday, December 3, 2010

Syarah Riyadhush Solihin

Kitab “Syarah Riyadhush Shalihin” merupakan terjemahan dari kitab asalnya yang berjudul: Bahjatun Naazhiriin fi syarhi Riyaadhish Shaalihiin yang ditulis oleh Syaikh Salim bin ‘led al-Hilali.

Risalah ini merupakan salah satu usaha menyebar-luaskan sebuah karya besar dibidang hadis Nabawi yang sangat terkenal di kalangan kaum Muslimin, yang banyak tersebar di mana-mana dan banyak dikutip kandungan ilmunya, iaitu kitab berjudul: Riyaadhush Shaalihiin min Kalaami Sayyidil Mursaliin, karya Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah atau lebih dikenali dengan nama singkat “Imam an-Nawawi”.

Penulis sengaja mensyarah (memberi penjelasan) kitab ini disebabkan besarnya manfaat yang terdapat di dalamnya bagi umat Islam, khususnya bagi mereka yang istiqamah berusaha mencapai kesempuraan ‘ubudiyyah (penghambaan diri kepada Allah Ta’ala).

Buku ini memuatkan hadis-hadis berkaitan fadhilat-fadhilat waktu dan amal perbuatan, etika secara lahir dan batin, mencakupi hukum-hukum halal dan haram, penyampaian khabar gembira dan ancaman, serta adab para saalikin, iaitu orang-orang yang senantiasa menuju (mengharap) keredhaan Rabb-nya. Penjelasan yang dibawakan oleh penulis begitu mudah untuk difahami kerana beliau membentangkannya dalam bentuk point demi point dan kesimpulan.

Ciri-Ciri:
Title: Syarah Riyadhush Solihin
Author: Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali
Publisher: Pustaka Imam asy-Syafi’i
Weight:7kg
Jilid: 5

Untuk tempahan, Sila hubungi En. Suhaimi Mat Saman (019-228 4788).

No comments:

Post a Comment