Wednesday, November 17, 2010

Best Seller: Indahnya Hidup Bersyariat

Kehidupan serb moden penuh dengan cabaran-cabaran yang hebat untuk kita menjalani hidup sebagai seorang muslim. Ramai di antara kita yang mengambil mudah tentang tata-cara kita melayari kehidupan di bumi Allah ini. Mungkin dek kerana kesibukan dalam mengejar kehidupan dunia, kita lalai dan leka untuk menilai matlamat hidup dan cara mendidik diri dan keluarga.


Buku "Indahnya Hidup Bersyariat" terbitan Telaga Biru yang ditulis oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid merupakan buku yang mudah dan komprehensif sebagai rujukan untuk modul fardu ain diri, keluarga dan masyarakat. Buku ini amat mudah untuk diikuti dan disertakan dengan panduan bergambar untuk memudahkan pemahaman.

Yang menariknya, kandungannya telah disusun denga rapi dan indah dan merangkumi aspek kehidupan sejak dari insan dilaharkan, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga ke liang lahad.