Tahqiq semula ke atas Tafsir Ibnu Katsir yang disertakan footnote/rujukan. Jumlah kesemua jilid adalah sebanyak 9 jilid.
Ciri-ciri istimewa bagi edisi terbitan ini yang bersesuaian dengan judulnya Shahih Tafsir Ibnu Katsir adalah:
- Setiap hadis atau riwayat/atsar diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij bagi memudahkan rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca.
- Takhrij hadis berpandukan kepada Kitab-kitab Syaikh al-Albani rahimahullah, Syaikh Syu’aib al-Arnauth, Ahmad Syakir, dan selainnya.
- Setiap perbahasan (penafsiran) diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk bagi tujuan memudahkan pemahaman dan pencarian.
- Hadis-hadis yang tidak sahih (dhoif atau maudhu’) dikeluarkan dari kitab ini. Dan dibiarkan hanya hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta riwayat-riwayat yang maqbul (diterima).
- Namun, sedikit kelemahan pada kitab ini adalah pada sebahagian tempat telah menghilangkan beberapa perkataan asal al-Hafiz Ibnu Katsir dalam beberapa persoalan merujuk perbezaan pendapat (ijtihad). Edisi terbitan/terjemahan lain: Tafsir Ibnu Katsir (Compact).
- Terbitan ini sangat sesuai untuk golongan awam yang berminat untuk memahami penafsiran ayat-ayat al-Qur’an secara mendalam tetapi mudah kerana corak penyampaiannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Di samping itu, ia juga sesuai untuk golongan pengkaji kerana konsep nota kakinya yang begitu baik.
700-800 m/s. Bagi setiap jilid
Untuk tempahan, Sila hubungi En. Suhaimi Mat Saman (019-228 4788).
No comments:
Post a Comment